ASSALAMUALAIKUM
Sebelum aku nak masuk tidur.. Aku nak kongsi dengan korang 1 benda penting yang kita kena ingat dalam fikiran kita.. Dan jugak untuk diri aku sendiri.. Amin , InsyaAllah :)
Ketika kamu dilahirkan , kamu diazan tanpa solat & ketika kamu meninggal , kamu disolatkan tanpa azan..
Ketika kamu dilahirkan , kamu dibersih & dimandikan & ketika kamu meninggal , kamu dimandikan , dibersihkan & disolatkan..
Ketika dalam perut ibu , kamu berada dalam kegelapan & kesempitan & ketika kamu meninggal , kamu juga berada dalam kegelapan & kesempitan..
Ketika dilahirkan , kamu dibaluti kain supaya melindungi tubuhmu & ketika kamu meninggal , kamu juga dibaluti dengan kain untuk melindungi tubuhmu..
Hiduplah engkau sesuka hatimu kerana engkau pasti akan mati & buatlah apa sahaja yang engkau kehendeki kerana engkau akan dibalas mengikut amalan perbuatanmu..
Okey , selamat malam.. Byee..
Truly
Adeqmass
No comments:
Post a Comment